2010-10-27 GUA MUSANG: Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, berkata kerajaan negeri menghalang pembinaan gereja Orang Asli di Hulu Kelantan kerana ia ingin dibina di atas tanah yang tidak dibenarkan.
Beliau berkata, tindakan kerajaan negeri menghalang pembinaan rumah ibadat itu adalah berdasarkan kepada peraturan dan perundangan. "Gereja Orang Asli ini dibina atas tanah tidak diizinkan oleh kerajaan negeri, kalau buat atas tanah sendiri saya izin, kita ada peraturan dan banyak tokong dibina sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Ditanya mengenai masalah air di negeri itu yang dikatakan tercemar berikutan pembalakan, beliau berkata pembangunan adalah punca utama mengakibatkan air di negeri itu tercemar.
Katanya, walaupun pelbagai usaha sudah dilakukan kerajaan bagi menangani masalah itu, namun kepesatan pembangunan mengakibatkan ia sukar dikawal serta mengakibatkan punca air tercemar.
"Bekalan air di seluruh Kelantan menjadi keruh adalah disebabkan pembangunan, kalau kita tidak buat (pembangunan) maka orang kata tiada pula pembangunan.
"Tapi kalau kita lihat di Gua Musang ini pembangunannya cukup pesat sekali, tetapi bagaimana UMNO boleh kata tiada pembangunan pula," katanya.
http://www.bharian.com.my/articles/NikAzizhalangbinagerejaditanahkerajaan/Article/
2011年5月31日星期二
订阅:
博文评论 (Atom)
没有评论:
发表评论